Tsunami dalam sejarah

Written by vacancy-info on Wednesday, March 12, 2008 at 12:42 AM

Berikut merupakan kejadian tsunami utama dalam sejarah:

  • 2004: Gempa bumi di Lautan India menyebabkan tsunami melanda banyak negara dan mengorbankan lebih 150,000 orang.1998: Gempa bumi berukuran 7.0 di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 m, dan membunuh lebih 6,000 orang.
  • 1976: Tsunami yang melanda Filipina mengorbankan lebih 5,000 orang.
  • 1960: Gempa bumi paling besar dalam sejarah (berukuran 9.5) di selatan perairan Chile menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik dan membunuh lebih 3,000 orang di Chile dan Hawaii.
  • 1946: Gempa bumi berukuran 7.8 berhampiran Alaska, Amerika Syarikat menghasilkan ombak besar setinggi 35 m, dan membunuh sebanyak 165 orang.
  • 1883: Letupan gunung berapi Krakatau di Selat Sunda menghasilkan tsunami setinggi 35 m, dan mengorbankan 36,000 orang.
  • 1755: Tsunami menghancurkan Lisbon, Portugal dan mengorbankan kira-kira 60,000 orang.

0 Responses to "Tsunami dalam sejarah"